KisAh BeNar
Kisah
Benar – Balasan Kerana Hina Hukum Allah | Pada suatu hari, seorang
gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah
bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya
walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua
yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua
itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu
dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai
orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat
sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah
menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku
masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?” Setelah
menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu,
gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR,
tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah
serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya
lagi lantas... baca dan lihat selanjutnya>>>>http://mediayour.blogspot.com/2013/07/kisah-benar-balasan-kerana-hina-hukum.html
No comments:
Post a Comment